Aku sangka beliau seorang perahsia sepertimana judul cerpennya. Melihat sosok tubuhnya, mendengarkan alunan bicaranya, sungguh unik sekali. Itulah dia Prof Zakaria Ali ataupun lebih mesra dipanggil Prof Z. Jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkongsi cerita buat kami; si penuntut ilmu. Ternyata, beliau bukan seorang perahsia malah seorang pengkarya hebat.