Posts

Showing posts from August 17, 2020

Buat semua yang mengenaliku.

Assalamualaikum, aku ingin ucapkan terima kasih kepada kalian yang mengenali diriku, seorang yang penuh dengan khilafnya, susunan kata yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, bahkan panas barannya setinggi langit menggunung. Alhamdulillah atas kehadiran kalian yang sesetengahnya berakhir dengan memoir luka dan sesetengahnya masih kekal dengan memoir indah. Kalian yang masih kekal terus dengan bekalan kata-kata penuh hikmah; memberikan semangat diri ini yang seringkali rasa ingin jatuh. Terima kasih buat ahli keluarga, sahabat dan tenaga pengajar yang tidak henti-henti memerah keringat buat seorang pendosa yang masih melaksanakan dosa yang sama. Andai diri ini tiada lagi di dunia, ampunkan salah silapku, halalkan segala ilmu, hutang, makan dan minumku, kerana Allah sahaja tahu hati ini amat merindui kalian semua.