Posts

Showing posts from January 3, 2021

Hebatnya Istighfar

Image
Sehebat mana manusia yang gigih mencari rezeki, hebat lagi kalimah zikir Allah.  Kalimah  Astaghfirullah  ataupun Astaghfirullah Waatubuilaih. Hebatnya kalimah ini sehingga kisah seorang penjual roti yang sentiasa mengamalkan zikir ini akhirnya dengan izin Allah beliau dapat berjumpa dengan Imam Ahmad. Beliau bukan sahaja mengamalkan zikir ini selepas solat bahkan Imam Ahmad kagum dengan amalan beliau yang tetap mengucapkan kalimah ini ketika menjalankan proses membuat roti.  Masya-Allah, hebatnya zikir ini sehinggakan penjual roti itu menyatakan bahawa setiap daripada permintaan yang dipinta Allah, pasti akan termakbul.  Hadis Bukhari, Kata Nabi Muhammad SAW, siapa yang  SELALU BERISTIGHFAR , Allah akan jadikan jalan keluar dari masalahnya, dan Allah akan beri rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka.  Ayuh beristighfar! Wallahualam, sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri.  Sumber: Tarikan Magnet Rezeki (Ebook)