Siri gelap
Aku perkenalkan inilah dia karya-karya agung The Faiz Ibrahim. Bermula dari Reinkarnasi, Rehabilitasi, Regraduasi, Ambivalen, 27 Hari Untuk Move On, 19 Hari Untuk Rasa Bahagia, Kaisar Karu dan terkini Kenapa Kita Dah Tak Macam Dulu. Kulit bukunya sahaja buatkan aku terpaut hati untuk membelinya. Unik dan paling menarik adalah kerana pemilihan warna hitam yang menjadi pujaan hatiku sentiasa. Susun atur katanya amat menarik hati untuk terus membacanya. Karya-karya ini seolah-olah memahami isi hatiku tanpa aku sedar. Sepertinya aku yang diceritakan dalam setiap tutur kata si penulis. Andai si penulis membaca ini, terima kasih atas isi hati yang dibukukan. Moga mekarlah karya-karya buat si dia yang senasib kita.