Ampunkan aku
Ampunkan aku kerana muncul dalam kehidupanmu. Kehadiranku seolah-olah bebanan buatmu. Perangai keanak-anakan sepertinya tiada kematangan dalam diriku. Aku cuba faham dan mengikut rentakmu. Namun, aku pilih untuk menyusahkanmu. Kau korbankan masa, tenaga bahkan wang untuk membahagiakan aku. Namun, ini yang aku balas. Maafkan aku wahai sahabat. Ketahuilah kehadiranmu mengajar aku untuk lebih menghargai jasa-jasa orang sekelilingku, menjadi lebih berdikari dan matang dalam menjalani urusan harian. Maafkan aku kerana telah sia-siakan harimu dengan bebanan. Maafkan aku kerana banyak menyusahkanmu. Maafkan aku atas kata-kata yang pernah aku ucapkan kepadamu. Maafkan aku atas segalanya. Di saat aku alpa dengan seruan Ilahi, Dia hadirkan aku untuk kuat menyatakan apa kehendakku kepadamu. Mungkin perpisahan adalah yang terbaik buat kita. Moga kau terus kuat dan bangkit dengan liku kehidupan yang bakal menjelma. Semoga Tuhan kurniakan pasangan yang memahami diri kau seadanya. Halalkan...