The 22 Best Writing Tips Ever (PPBI)
Penghasilan entri blog mengenai cara penulisan yang baik amat penting buat diriku sebagai seorang penulis. Entri blog ini telah dikarang pada 30 November 2017 oleh Mellisa Donovan. Entri blog ini juga banyak memberi input mengenai 22 kaedah penulisan baik yang boleh diamalkan dalam menghasilkan sesebuah karya. Tips dan kaedah yang dikongsi bagi menghasilkan sesebuah penulisan amat mudah dan menarik. Beliau berpendapat bahawa seseorang penulis perlu mempunyai nota kecil di sampingnya sama ada dalam bentuk buku mahupun digital. Hal sebegini penting supaya idea-idea menarik dapat ditulis dan disimpan erat. Penggunaan kamus dan “thesaurus” juga perlu untuk menambahkan kosa kata dalam sesebuah penulisan. Pemerhatian bagi meningkatkan dan menambahkan imaginasi dalam penulisan diperlukan untuk menghasilkan watak, plot dan tema yang menarik. Penulisan yang baik juga dilakukan secara konsisten dan mengaplikasikan teknik tatabahasa yang betul. Kaedah pembacaan hasil karya penulis yang berjaya j...