Sinar
Sinar di hadapan tidak semestinya menyuluh sepi buat kita semua. Hanya yang terpilih sahaja memerlukan sinar tersebut bagi merawat luka. Andai ini bukan sinar yang aku perlukan, izinkan sinar yang lain menyuluh juga di lain waktu. Maaf andai aku terpaksa melepaskan sinar ini. Akan aku tunggu kau muncul lagi.