Posts

Showing posts from September, 2019
"Harapan. Usah kau letak pada manusia nescaya rosak binasalah diri kau." Nasihat ini sering aku ingat, namun tetap ku lalai kerna pujuk rayumu yang begitu lunak membuatkan diri ini bukan terus hanyut, malah terduduk tak terkata. Air mata sekali lagi membasahi pipi.
Image
Hariku Lebih indah pabila Kau ada Ku menunggu kau pulang Pulang sekarang Ku rindu wajahmu Senyuman manismu sayang Pabila Bila kau tiada Ku renung gambar mu Menunggu sampai kau tiba Alunan muzik yang mendamaikan. Lirik lagunya juga aku hayati. Dudukku sendirian. Dinding yang kosong ku renungkan. Masih terbayang sosok tubuhmu, senyuman manismu dan pengorbanan yang kau curahkan tanpa kira lelah. Pengharapan yang tiada alunannya kerana warna-warni bahagia kami, kini kabur bagai jerebu yang menutup segala keindahan dalam diri ini.
Image
Kedengaran rintikan hujan yang semakin lebat membasahi bumi ciptaan Ilahi. Sepertinya memahami keadaan diriku yang sungguh hiba. Dudukku mengenang kembali detik keindahan bersama si dia. Air mata sepantas kilat membasahi pipiku. Mindaku pula, tiada arah tujuannya.  Tiap kali timbul perasaan ini, tiap kali juga dendamku masih digenggam erat. 

Depersonalisasi II

Image
"Menarik." Bisik hatiku dengan senyuman sinis. Merupakan cara pintas untuk dendamku terbalas dengan jayanya. Ku sedar, perihal anehku ini bisa membawa diriku terus hanyut. Kerana dendam, jerih perih sanggup kuharung walau nyawa jadi taruhan...

Depersonalisasi

Image
Malam semakin dewasa. Hati memaksa untuk lena namun mata menafikannya. Telefon bimbit kucapai erat. Ku buka laman Twitter bagi menemaniku saat gelap keseluruhan ruang kamarku. Kuterpikat dengan empunya milik akaun Twitter yang bagiku,namanya unik sekali. Alangkah terkejutnya...
Image
Ku berikan segalanya Kau hancurkan semuanya "Sudah tiba masa untukku berundur diri." Namun begitu, Hati kecilku menafikan penyataan zahirku. Dendam terpahat perlu kuteruskan...
Bingkas dari tidur yang lena. Terpapar nama 'kau' pada paparan telefon bimbitku. Terus kuangkat tanpa berlengah. Ternyata diri ini terus lena dibuai mimpi dengan kata-kata indahmu. Diri ini masih mengharapkan keajaiban meskipun omonganmu hanyalah dusta semata-semata. Aku terus hanyut.
Image
Ku lihat langit pagi ini indah sekali. Masih tenang dihiasi alam ciptaan Ilahi. Terfikirku sejenak. Adakah benar masih ada ruang untuk diri ini kembali berhijrah? 
Mengapa mudahnya Kau sakiti Mengapa mudahnya Kau lukai Mengapa kejamnya Kau menghancurkan hati perasaan ini.  Sungguh mudah kau berkata-kata hingga diri ini akur mempercayaimu. Aku lelah.