Posts

Showing posts from October, 2019

The 22 Best Writing Tips Ever (PPBI)

Penghasilan entri blog mengenai cara penulisan yang baik amat penting buat diriku sebagai seorang penulis. Entri blog ini telah dikarang pada 30 November 2017 oleh Mellisa Donovan. Entri blog ini juga banyak memberi input mengenai 22 kaedah penulisan baik yang boleh diamalkan dalam menghasilkan sesebuah karya. Tips dan kaedah yang dikongsi bagi menghasilkan sesebuah penulisan amat mudah dan menarik. Beliau berpendapat bahawa seseorang penulis perlu mempunyai nota kecil di sampingnya sama ada dalam bentuk buku mahupun digital. Hal sebegini penting supaya idea-idea menarik dapat ditulis dan disimpan erat. Penggunaan kamus dan “thesaurus” juga perlu untuk menambahkan kosa kata dalam sesebuah penulisan. Pemerhatian bagi meningkatkan dan menambahkan imaginasi dalam penulisan diperlukan untuk menghasilkan watak, plot dan tema yang menarik. Penulisan yang baik juga dilakukan secara konsisten dan mengaplikasikan teknik tatabahasa yang betul. Kaedah pembacaan hasil karya penulis yang berjaya j...
Kau yang disana. Ingatlah pada kuasa Tuhan yang Maha Esa. Berpijaklah di bumi nyata. Meskipun raga terpisah jua.
Laman Twitter yang kian lama menyepi kini aku buka kembali. Ratusan manusia asing menerjah di ruangan mesej seolah-olah mengenali diriku. Pemilik akaun yang dahulunya aku anggap menarik turut sama menerjah. Entah apa yang aku fikirkan, aku buka mesejnya. Gaya tulisannya, gaya permulaan bicaranya membuatkan mataku kabur. Fikiranku melayang. Pandanganku semakin kabur dan kini gelap.
Image
Ukiran bakat menjadi mekar dari tanah Jauhar namun layu kerana hiba yang menimpa. Ingin ku terjahkan diri buat pengubat rindu. Tiada yang harus dirungsingkan kerana minat jadi batasan. Walaubagaimanapun, hati masih resah andai kata peristiwa lama menyusul tiba.