Posts

Showing posts from 2020

Engkau

Engkau adalah refleksi diriku.  Engkau yang bisa meyakinkan aku tentang diriku. Engkau refleksiku dalam setiap perilaku.  Engkau adalah aku. Sumber inspirasi : Lagu Mirror (Justin Timberlake)

Kifarah

 Kifarah menggadai jiwa namun hati masih alpa pada Pencipta Maha Esa.  Mohon bangkit wahai diri. Mohon...
Setiap langkah telah kau corakkan mengikut kata dan gerak hati.  Hiba sudah pasti andai takdir tidak menyelahi. Usah kau persalah keadaaan andai diri kita masih alpa dengan Pencipta. Kerna Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri.  Wallahualam. 

Bahagiakah?

 Hidup atas derita orang lain. Bahagiakah dikau? 

Indah

 Raut wajahmu buatkan aku tenang. Kata-katamu yang sering mengajar erti kehidupan juga buatkan aku tenang. Sejauh mana aku pergi, sebanyak mana usahaku, jika Tuhan telah menyatakan tidak, siapalah aku untuk mengawal gerak geri hatimu. Pengorbananmu masihku ingat dalam mindaku.  Perkenalan sementara namun cukup indah. Aku tahu dan pasti mengapa Tuhan pertemukan kita buat sementara. Perpisahan ini bukanlah bermakna kita bermusuhan, malah ini yang terbaik buat kita. Tuhan aturkan indah buat kita berdua. Kekal bahagialah wahai dikau. Terima kasih buat segalanya. 

Pahit

 Yang pahit kadangnya perlu ditelan bagi mendapatkan kemanisan dalam kehidupan. 

Ampunkan aku

Ampunkan aku kerana muncul dalam kehidupanmu. Kehadiranku seolah-olah bebanan buatmu. Perangai keanak-anakan sepertinya tiada kematangan dalam diriku. Aku cuba faham dan mengikut rentakmu. Namun, aku pilih untuk menyusahkanmu. Kau korbankan masa, tenaga bahkan wang untuk membahagiakan aku. Namun, ini yang aku balas. Maafkan aku wahai sahabat. Ketahuilah kehadiranmu mengajar aku untuk lebih menghargai jasa-jasa orang sekelilingku, menjadi lebih berdikari dan matang dalam menjalani urusan harian.  Maafkan aku kerana telah sia-siakan harimu dengan bebanan. Maafkan aku kerana banyak menyusahkanmu. Maafkan aku atas kata-kata yang pernah aku ucapkan kepadamu. Maafkan aku atas segalanya.  Di saat aku alpa dengan seruan Ilahi, Dia hadirkan aku untuk kuat menyatakan apa kehendakku kepadamu. Mungkin perpisahan adalah yang terbaik buat kita. Moga kau terus kuat dan bangkit dengan liku kehidupan yang bakal menjelma. Semoga Tuhan kurniakan pasangan yang memahami diri kau seadanya. Halalkan...

Paksa

Kadangkala paksa itu perlu dalam kehidupan. Paksa yang mengajar hati untuk lebih menghargai diri sendiri.  Ya, aku tahu sukar. Paksalah hati untuk memaafkan khilaf lalu kerna kita hanya manusia biasa. Manusia yang sering alpa dengan lena buaian mimpi.  Bagi ruang pada diri untuk berubah. Nescaya "paksa" bakal membawa kau terus bahagia, sentiasa. 

Bila?

 Bila kali terakhir awak bertanya khabar kepada si dia? Bila kali terakhir awak bertanya khabar tentang isi hati lubuk dalaman si dia? Bila kali terakhir awak luangkan masa bersama si dia? Bila kali terakhir awak berkorban untuknya? Sebelum terlambat...

Sedikit

 Biar sedikit, namun berkat rezeki itu penting.  Sabar wahai hati, insya-Allah rezeki yang diberkati bakal menanti. 

Tenang

 Cukup saja dengan redha terhadap ketentuan Allah, maka tenang itu pastinya kau miliki. 

Benci

 I hate myself when I cant help you. I cant even tell the whole world who am I to you. Thank you for believe me. Please be strong my dear best friend. All I can do is pray, pray and pray. Only Allah knows my deep sad feelings and I really really want to be there for you when you need me. I hope you are doing fine. 

Tanggung

 Perit yang kutanggung ini berat sekali. Moga dipermudahkan segalanya.

Aku

 Ceritera seorang berwatakkan kanak-kanak yang akhirnya jatuh ditenggelami angan-angan kosong disebabkan ia bertepuk tangan sendiri. Itulah aku

Buat semua yang mengenaliku.

Assalamualaikum, aku ingin ucapkan terima kasih kepada kalian yang mengenali diriku, seorang yang penuh dengan khilafnya, susunan kata yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, bahkan panas barannya setinggi langit menggunung. Alhamdulillah atas kehadiran kalian yang sesetengahnya berakhir dengan memoir luka dan sesetengahnya masih kekal dengan memoir indah. Kalian yang masih kekal terus dengan bekalan kata-kata penuh hikmah; memberikan semangat diri ini yang seringkali rasa ingin jatuh. Terima kasih buat ahli keluarga, sahabat dan tenaga pengajar yang tidak henti-henti memerah keringat buat seorang pendosa yang masih melaksanakan dosa yang sama. Andai diri ini tiada lagi di dunia, ampunkan salah silapku, halalkan segala ilmu, hutang, makan dan minumku, kerana Allah sahaja tahu hati ini amat merindui kalian semua.

Beza

Kau lihat kejayaan seseorang, lalu terdetik rasa cemburu dengannya. Usah kau bandingkan diri kau dengannya. Seraplah erti kejayaannya sebagai kunci untuk kau maju ke hadapan. Tanya sama hati, apa yang kau minat untuk hasilkan sebuah kejayaan buat diri sendiri. DUNIA setiap manusia berbeza haluannya untuk kau raih sama tinggi dengan seseorang yang sudah berjaya. 

Bila?

Pesan pada diri, berhenti menyingkap ruangan hamba Allah yang lain. Kau si pembaca penuh misteri harus bangkit. Bangkit dari kolam dusta yang kau sajikan selama ini. Kerna, masa takkan undur semula. Jika tidak hari ini, bila?

Rahsia

Yang diserlahkan itu tidak semestinya indah belaka, hanya Tuhan saja tahu penat lelahnya.

Salam.

Salam rindu buat diri yang dahulunya tabah dan ampuh dalam apa jua keadaan.  Moga terus tabah, wahai hati yang sedang lena. Pesan pada diri. Al-Fatihah buat diri sendiri. (dibaca)

One day we'll talk about today

Image
Sumber: Google Titisan air mata berlinang di pipiku saat babak-babak mengenai ibu, ayah dan adik beradik dipaparkan. Filem yang penuh dengan nilai dan erti sebuah keluarga bahagia. Wajar ditonton semua pihak pelbagai lapisan umur. (Sumber filem: Netflix)

Harapan

Doa aku titipkan buatmu meskipun pemergian kita terukir dengan sejuta titik pahit. Moga kita tidak bersua secara zahir wahai sahabat........ sahabat lama.

Rindu

Sahabat, Terima kasih atas kehadiranmu, terima kasih atas pengorbananmu, terima kasih atas kenangan ini. Maaf atas segalanya. 

Jarak

Meski jarak memisahkan kita, doaku tetap untukmu. 

Rezeki

Rezeki hadir dalam pelbagai rupa, Lihatlah yang indah di sekeliling kau, itulah rezeki dari Sang Pencipta, Namun, tidak semua rezeki adalah milik kau sepenuhnya, Kongsilah, dengan erti kata lain.. Bersedekahlah, Bersedekahlah apa jua rezeki yang kau punyai tidak kira wang semata,  Jangan tunggu kaya baru nak sedekah, nescaya berhala tanpa kau sedar yang kau sembah selama ini.

Hargailah 'manusia'.

Image
                                                                  Credit: Twitter  Mungkin 'hargai' semudah yang kau sangka. Kau salah. Cuba fikir semula.  Ada  circle kawan sanggup hadir saat susah senang, hargai mereka semampu mungkin.  Ada kehidupan keluarga yang baik, hargai mereka sepenuh hati.  Ada pasangan yang terima kau seadanya, hargai mereka sebaik mungkin.  Ada kesihatan diri yang baik, hargai diri kau sehabis tenaga.  Tak semua manusia dapat merasa keindahan dunia, tapi percayalah setiap kesedihan pasti datangnya gembira. Setiap yang hitam ada putihnya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sedih? Ya aku faham. Jangan terlalu lama ya.  Allah uji tanda sayang ya. Sabar. Pasti kau bisa. 

Kifarah

Senyuman yang aku ukirkan ini bakal berakhir. Dunia realiti walau perit aku telankan jua. Sakit, tapi tidak mengapa, inilah kifarah dunia atas dosa sendiri. Sekian.

Redha

Masih keliru dengan pinjaman Tuhan yang dikenali sebagai 'perasaan'. Sedih, kecewa, keliru, gusar? Semuanya bercampur baur. Mungkin ini lukisan yang telah dilakarkan buat diri seorang pendosa. Pendosa yang masih alpa. Malu dengan Sang Pencipta kerna besar kesilapan yang telah dilakukan. Air mata? Sudah kering kolamnya.

Siri gelap

Image
Aku perkenalkan inilah dia karya-karya agung The Faiz Ibrahim. Bermula dari Reinkarnasi, Rehabilitasi, Regraduasi, Ambivalen, 27 Hari Untuk Move On, 19 Hari Untuk Rasa Bahagia, Kaisar Karu dan terkini Kenapa Kita Dah Tak Macam Dulu. Kulit bukunya sahaja buatkan aku terpaut hati untuk membelinya. Unik dan paling menarik adalah kerana pemilihan warna hitam yang menjadi pujaan hatiku sentiasa. Susun atur katanya amat menarik hati untuk terus membacanya. Karya-karya ini seolah-olah memahami isi hatiku tanpa aku sedar. Sepertinya aku yang diceritakan dalam setiap tutur kata si penulis. Andai si penulis membaca ini, terima kasih atas isi hati yang dibukukan. Moga mekarlah karya-karya buat si dia yang senasib kita.

Percuma tiada waktu

Terima kasih atas pengorbananmu. Moga Allah permudahkan perjalanan ini. Allahumma Aamiin

Syurga Dunia

Image
Hadiah terulung menjelang 22 tahun daripada Dia yang sukar bahkan tidak dapat diganti dengan apa jua sekalipun. Maafkan kakak kerana tidak menjadi seperti apa yang ibu ayah harapkan. Maafkan kerna diri ini terlalu hina di sisi manusia dan Tuhan. Terima kasih kerna masih bersama menerima khilaf anakandamu. Moga kalian dimewahkan rezeki yang melimpah ruah dan syurga buat kalian. Aamiin. 💕

Selamanya

Segala luahan telah aku kongsikan. Kata sepakat sudah kita tekadkan. Jika niat kau sebegitu rupa, buktikan kepadaku bahawa pendirianku salah. Tiada usul paksa rela. Ikut kata jiwamu anak muda. Moga kita pilih jalan yang sama membina satu bahagia... selamanya.

Dia yang Terakhir

Benar, perit dalam dada terasa semakin membuak. Sepertinya ingin melepaskan segalanya sendirian. Trauma kerap kali menghantui diriku. Walaubagaimanapun... Kehadiran kau dalam diri terasa hati yang kosong semakin berisi. Jujur, kesempurnaan bukanlah yang aku pinta. Harta dan kata-kata manis bukanlah jua yang aku inginkan. Cukuplah manusia yang hadir dalam diri memberikan janji-janji manis yang tidak dapat ditunaikan. Cukuplah sisa-sisa usaha yang tiada erti buat si dia. Aku tahu, banyaknya khilaf hadir pada diriku jua. Kesilapan ini yang cuba aku perbaiki. Ya Rabb, Moga kau yang terakhir dan selamanya. Aamiin.

Buku baru

Jadilah lebih matang dalam menilai erti hidup. Mat Salleh berkata " live the life ". Bukalah buku baru. Moga ada sinar yang melengkapi hidup kita bersama.

Kau

Moga kau yang terakhir. Allahumma Aamiin.  Moga dipermudahkan segalanya. 

Dugaan

Setiap manusia lain dugaannya. Ada yang kaya, diuji dengan keimanannya. Ada yang sederhana, diuji dengan kehidupan hariannya. Ada yang susah diuji dengan kurangnya harta. Tabahlah. Selagi mampu bertahan, cuba bangkit. Kita bisa :")

Tawar hati.

Tawar hati sudah. Lelah tiada erti. Belasungkawa? Lebih perit dari itu.

Bila tiba masanya.

Anak muda, biar sakitnya sekarang. Esok lusa, kau pasti bahagia. Bila tiba masanya.

Sendiri

Berdirinya kau sendiri juga bisa membahagiakan hati. Realitinya, kita dicipta berpasangan.  Jika kau melukai jiwa, bagaimana bisa membahagiakan pasangan kau suatu hari nanti?
Sinar pagi ditenung erat. Bayangan wajahmu melambai-lambai dalam memoirku. Tersenyum seketika. Terkenangkan "kita" bersama. Benar. Kisah silam tetap menjadi sejarah. Perubahan perlu demi kebaikan diri. Berdirilah sendiri selagi mampu.

Beza

Dunia hari ini berbeza. Realitinya menakutkan. Malah membimbangkan. Aku tahu payah. Semuanya perlukan masa. Tidak mengapa, pasti boleh.

Tangisan hiba

Image
Tangisan membawa erti hiba. Menangislah, namun usah terlalu berduka. Hati berhak untuk bergembira.

Perit

Likuan dalam penghijrahan itu memeritkan. Perlukan pengorbanan hakiki. Harus bangkit walau jerih menanti. Sabar. Indah pasti milik kita semua.

Muka baru

Image
Hidup ini kadangnya di atas, kadangnya di bawah. Pabila di bawah, adakah kita sudah sedia untuk keluar dari kepompong kebiasaan menjadi entiti luar biasa? Masih ada ruang untuk buka buku baru. Ayuh!