Posts

Showing posts from February, 2020

Selamanya

Segala luahan telah aku kongsikan. Kata sepakat sudah kita tekadkan. Jika niat kau sebegitu rupa, buktikan kepadaku bahawa pendirianku salah. Tiada usul paksa rela. Ikut kata jiwamu anak muda. Moga kita pilih jalan yang sama membina satu bahagia... selamanya.

Dia yang Terakhir

Benar, perit dalam dada terasa semakin membuak. Sepertinya ingin melepaskan segalanya sendirian. Trauma kerap kali menghantui diriku. Walaubagaimanapun... Kehadiran kau dalam diri terasa hati yang kosong semakin berisi. Jujur, kesempurnaan bukanlah yang aku pinta. Harta dan kata-kata manis bukanlah jua yang aku inginkan. Cukuplah manusia yang hadir dalam diri memberikan janji-janji manis yang tidak dapat ditunaikan. Cukuplah sisa-sisa usaha yang tiada erti buat si dia. Aku tahu, banyaknya khilaf hadir pada diriku jua. Kesilapan ini yang cuba aku perbaiki. Ya Rabb, Moga kau yang terakhir dan selamanya. Aamiin.

Buku baru

Jadilah lebih matang dalam menilai erti hidup. Mat Salleh berkata " live the life ". Bukalah buku baru. Moga ada sinar yang melengkapi hidup kita bersama.