Posts

Showing posts from March, 2020

Siri gelap

Image
Aku perkenalkan inilah dia karya-karya agung The Faiz Ibrahim. Bermula dari Reinkarnasi, Rehabilitasi, Regraduasi, Ambivalen, 27 Hari Untuk Move On, 19 Hari Untuk Rasa Bahagia, Kaisar Karu dan terkini Kenapa Kita Dah Tak Macam Dulu. Kulit bukunya sahaja buatkan aku terpaut hati untuk membelinya. Unik dan paling menarik adalah kerana pemilihan warna hitam yang menjadi pujaan hatiku sentiasa. Susun atur katanya amat menarik hati untuk terus membacanya. Karya-karya ini seolah-olah memahami isi hatiku tanpa aku sedar. Sepertinya aku yang diceritakan dalam setiap tutur kata si penulis. Andai si penulis membaca ini, terima kasih atas isi hati yang dibukukan. Moga mekarlah karya-karya buat si dia yang senasib kita.

Percuma tiada waktu

Terima kasih atas pengorbananmu. Moga Allah permudahkan perjalanan ini. Allahumma Aamiin

Syurga Dunia

Image
Hadiah terulung menjelang 22 tahun daripada Dia yang sukar bahkan tidak dapat diganti dengan apa jua sekalipun. Maafkan kakak kerana tidak menjadi seperti apa yang ibu ayah harapkan. Maafkan kerna diri ini terlalu hina di sisi manusia dan Tuhan. Terima kasih kerna masih bersama menerima khilaf anakandamu. Moga kalian dimewahkan rezeki yang melimpah ruah dan syurga buat kalian. Aamiin. 💕