Doa aku titipkan buatmu meskipun pemergian kita terukir dengan sejuta titik pahit. Moga kita tidak bersua secara zahir wahai sahabat........ sahabat lama.
Rezeki hadir dalam pelbagai rupa, Lihatlah yang indah di sekeliling kau, itulah rezeki dari Sang Pencipta, Namun, tidak semua rezeki adalah milik kau sepenuhnya, Kongsilah, dengan erti kata lain.. Bersedekahlah, Bersedekahlah apa jua rezeki yang kau punyai tidak kira wang semata, Jangan tunggu kaya baru nak sedekah, nescaya berhala tanpa kau sedar yang kau sembah selama ini.
Credit: Twitter Mungkin 'hargai' semudah yang kau sangka. Kau salah. Cuba fikir semula. Ada circle kawan sanggup hadir saat susah senang, hargai mereka semampu mungkin. Ada kehidupan keluarga yang baik, hargai mereka sepenuh hati. Ada pasangan yang terima kau seadanya, hargai mereka sebaik mungkin. Ada kesihatan diri yang baik, hargai diri kau sehabis tenaga. Tak semua manusia dapat merasa keindahan dunia, tapi percayalah setiap kesedihan pasti datangnya gembira. Setiap yang hitam ada putihnya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sedih? Ya aku faham. Jangan terlalu lama ya. Allah uji tanda sayang ya. Sabar. Pasti kau bisa.
Senyuman yang aku ukirkan ini bakal berakhir. Dunia realiti walau perit aku telankan jua. Sakit, tapi tidak mengapa, inilah kifarah dunia atas dosa sendiri. Sekian.
Masih keliru dengan pinjaman Tuhan yang dikenali sebagai 'perasaan'. Sedih, kecewa, keliru, gusar? Semuanya bercampur baur. Mungkin ini lukisan yang telah dilakarkan buat diri seorang pendosa. Pendosa yang masih alpa. Malu dengan Sang Pencipta kerna besar kesilapan yang telah dilakukan. Air mata? Sudah kering kolamnya.