Posts

Showing posts from August, 2020

Aku

 Ceritera seorang berwatakkan kanak-kanak yang akhirnya jatuh ditenggelami angan-angan kosong disebabkan ia bertepuk tangan sendiri. Itulah aku

Buat semua yang mengenaliku.

Assalamualaikum, aku ingin ucapkan terima kasih kepada kalian yang mengenali diriku, seorang yang penuh dengan khilafnya, susunan kata yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, bahkan panas barannya setinggi langit menggunung. Alhamdulillah atas kehadiran kalian yang sesetengahnya berakhir dengan memoir luka dan sesetengahnya masih kekal dengan memoir indah. Kalian yang masih kekal terus dengan bekalan kata-kata penuh hikmah; memberikan semangat diri ini yang seringkali rasa ingin jatuh. Terima kasih buat ahli keluarga, sahabat dan tenaga pengajar yang tidak henti-henti memerah keringat buat seorang pendosa yang masih melaksanakan dosa yang sama. Andai diri ini tiada lagi di dunia, ampunkan salah silapku, halalkan segala ilmu, hutang, makan dan minumku, kerana Allah sahaja tahu hati ini amat merindui kalian semua.

Beza

Kau lihat kejayaan seseorang, lalu terdetik rasa cemburu dengannya. Usah kau bandingkan diri kau dengannya. Seraplah erti kejayaannya sebagai kunci untuk kau maju ke hadapan. Tanya sama hati, apa yang kau minat untuk hasilkan sebuah kejayaan buat diri sendiri. DUNIA setiap manusia berbeza haluannya untuk kau raih sama tinggi dengan seseorang yang sudah berjaya. 

Bila?

Pesan pada diri, berhenti menyingkap ruangan hamba Allah yang lain. Kau si pembaca penuh misteri harus bangkit. Bangkit dari kolam dusta yang kau sajikan selama ini. Kerna, masa takkan undur semula. Jika tidak hari ini, bila?

Rahsia

Yang diserlahkan itu tidak semestinya indah belaka, hanya Tuhan saja tahu penat lelahnya.