Posts

Showing posts from October, 2020

Indah

 Raut wajahmu buatkan aku tenang. Kata-katamu yang sering mengajar erti kehidupan juga buatkan aku tenang. Sejauh mana aku pergi, sebanyak mana usahaku, jika Tuhan telah menyatakan tidak, siapalah aku untuk mengawal gerak geri hatimu. Pengorbananmu masihku ingat dalam mindaku.  Perkenalan sementara namun cukup indah. Aku tahu dan pasti mengapa Tuhan pertemukan kita buat sementara. Perpisahan ini bukanlah bermakna kita bermusuhan, malah ini yang terbaik buat kita. Tuhan aturkan indah buat kita berdua. Kekal bahagialah wahai dikau. Terima kasih buat segalanya. 

Pahit

 Yang pahit kadangnya perlu ditelan bagi mendapatkan kemanisan dalam kehidupan. 

Ampunkan aku

Ampunkan aku kerana muncul dalam kehidupanmu. Kehadiranku seolah-olah bebanan buatmu. Perangai keanak-anakan sepertinya tiada kematangan dalam diriku. Aku cuba faham dan mengikut rentakmu. Namun, aku pilih untuk menyusahkanmu. Kau korbankan masa, tenaga bahkan wang untuk membahagiakan aku. Namun, ini yang aku balas. Maafkan aku wahai sahabat. Ketahuilah kehadiranmu mengajar aku untuk lebih menghargai jasa-jasa orang sekelilingku, menjadi lebih berdikari dan matang dalam menjalani urusan harian.  Maafkan aku kerana telah sia-siakan harimu dengan bebanan. Maafkan aku kerana banyak menyusahkanmu. Maafkan aku atas kata-kata yang pernah aku ucapkan kepadamu. Maafkan aku atas segalanya.  Di saat aku alpa dengan seruan Ilahi, Dia hadirkan aku untuk kuat menyatakan apa kehendakku kepadamu. Mungkin perpisahan adalah yang terbaik buat kita. Moga kau terus kuat dan bangkit dengan liku kehidupan yang bakal menjelma. Semoga Tuhan kurniakan pasangan yang memahami diri kau seadanya. Halalkan...