Posts

Showing posts from 2021

Kehidupan

 " Kehidupan ini berlaku dengan apa yang anda beri. Apa yang anda beri, anda akan dapat kembali. Anda beri lebih, anda akan  dapat lebih. Ia bermula dengan diri anda. Anda mahu gembira,  anda mesti gembira dahulu. Anda mahu kasih sayang, anda mesti  beri kasih sayang dahulu." Sumber: Ebook Tarikan Magnet Rezeki

Pasti ada hikmah

Indahnya perjalanan yang Allah pinjamkan buat kita sebagai umat-Nya namun keindahan itu tidak dapat kita teroka kerana kesedihan, kesakitan dan kealpaan sahaja yang ditatap. Setiap apa yang ditentukan oleh-Nya pasti ada hikmah. Berdoalah dan terus berdoa dengan YAKIN, dan istiqmahlah dalam menjalani usaha bagi menggapai cita-cita. Semoga bermanfaat. 
Cuaca tenang namun hati tetap gundah,  Pujuk rayu masih teguh hanya untuk melihat hati kembali tersenyum.  Difikirkan semula, apa kau sudah redha dengan ketentuan Ilahi?  Ketuk hati soal diri bila mahu berdiri melihat fakta hakiki.

Hebatnya Istighfar

Image
Sehebat mana manusia yang gigih mencari rezeki, hebat lagi kalimah zikir Allah.  Kalimah  Astaghfirullah  ataupun Astaghfirullah Waatubuilaih. Hebatnya kalimah ini sehingga kisah seorang penjual roti yang sentiasa mengamalkan zikir ini akhirnya dengan izin Allah beliau dapat berjumpa dengan Imam Ahmad. Beliau bukan sahaja mengamalkan zikir ini selepas solat bahkan Imam Ahmad kagum dengan amalan beliau yang tetap mengucapkan kalimah ini ketika menjalankan proses membuat roti.  Masya-Allah, hebatnya zikir ini sehinggakan penjual roti itu menyatakan bahawa setiap daripada permintaan yang dipinta Allah, pasti akan termakbul.  Hadis Bukhari, Kata Nabi Muhammad SAW, siapa yang  SELALU BERISTIGHFAR , Allah akan jadikan jalan keluar dari masalahnya, dan Allah akan beri rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka.  Ayuh beristighfar! Wallahualam, sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri.  Sumber: Tarikan Magnet Rezeki (Ebook)