S.A
Mengenali dirimu membuktikan kepadaku bahawa tidak semua insan yang berlatarkan emas sentiasa mendongak ke langit semata. Dirimu tidak sebegitu. Keluargamu juga.
Ketika dirimu hadir dalam memoir tanpa sedar, membuatkan diriku rindu pada "kita" dahulu kala. Saat bergolaknya pertalian kita, dirimu tidak menguar-uarkan kebodohanku. Malah, dirimu berdiam sahaja.
Sekiranya dirimu membaca ini, moga Sang Ilahi dapat membalas segala jua kebaikanmu terhadapku. Moga kebahagiaan bersama keluarga tercinta terus mekar dan dirahmati sentiasa. Apa-apa jua yang diidamkan terus dimakbulkan. Tiada apa yang dapatku balas hanya doa semata.
Sejujurnya, diriku rindu pada "kita". Sahabatku, adindaku, kakandaku,
S.A
Comments
Post a Comment