Apa Khabar?

Assalamualaikum apa khabar cinta pertamaku? Di mana sahaja dikau berada, tiada lain yang dipinta moga baik-baik sahaja hendaknya. 

Hari ini hari ulang tahun perkahwinan ayahanda dan bonda. Namun, kehadiranmu tetap terasa ada. 

Ayahanda,
Hati ini ada sedikit terkilan kerana pasti terukir senyuman dibibirmu setiap kali bersama cuc-cucu saudaramu . Ayahanda belai mereka bagai cucu sendiri. Kini, tiada lagi senyum tawamu membelai dan melayani anak kecil. Cucumu jua merinduimu tok ayah. 

Beginikah rasa rindu yang tidak berbalas? Sungguh berat ya. Moga dikau tenang di sana tok ayah. Kami semua merinduimu di sini. 

Al-Fatihah buatmu,
Sabri bin Abd Hamid. ❤️

Comments

Popular posts from this blog

Alhamdulillah

Buah tangan

Hargailah 'manusia'.